Home Dunia Penamatan penggunaan beg plastik di Australia

Penamatan penggunaan beg plastik di Australia

Setiap tahun lapan tan plastik dibuang ke laut memberi kesan besar kepada hidupan akuatik

AUSTRALIA- Tindakan dua pemilik kedai runcit yang dilarang menjalani menggunakan plastik beg mengakibatkan ribuan pemilik pasar raya di negara itu turut terbabit.

Kedua-duanya, Woolworths dan Coles adalah orang yang mengambil tindakan menamatkan penggunaan plastik beg dari seluruh negara pada 20 Jun yang lalu.

Oleh yang demikian, mereka turut memperkenalkan beg mesra alam pada harga A$0.15 (RM0.45) yang boleh diguna semula.

Dalam pemeriksaan Persatuan Kedai, Pengedar dan Pekerja Bersekutu Australia menunjukkan sebanyak 61 pemilik kedai membantah larangan tersebut.

Malah pelanggan turut menunjukkan kemarahan dengan membaling barangan runcit di atas lantai selepas diumumkan penamatan beg plastik percuma di pasar raya.

Pihak berkuasa Australia turut menetapkan denda sebanyak A$6,000 (RM17,889) bagi pemilik kedai yang gagal mematuhi larangan tersebut.

Menurut laporan, setiap tahun lapan tan plastik dibuang ke laut serta memberi kesan besar kepada hidupan akuatik.- MalaysiaGazette