Home Sukan Pelajar SMK Meru jadi pembawa bola Piala Dunia

Pelajar SMK Meru jadi pembawa bola Piala Dunia

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru muncul sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang berkhidmat sebagai pembawa bola pada temasya bola sepak Piala Dunia di Rusia.

Adam Riezman Roslam menggalas tanggungjawab itu dan kelibatnya dilihat muncul pada perlawanan antara Rusia dan Sepanyol di Stadium Luzhniki, Moscow awal pagi tadi.

Pelajar tersebut diterbangkan ke Rusia selepas mengungguli Kejohanan Pertandingan Kemahiran Kanak-Kanak anjuran KIA yang turut menawarkan hadiah wang tunai RM800.

Meskipun Malaysia tidak layak ke perlawanan bertaraf dunia itu namun peluang yang diterima oleh Adam setidaknya menicipta sejarah buat dirinya dan negara.

alt bawa bola 2

Perkara itu diketahui umum selepas dikongsikan seorang pengguna laman sosial yang menggunakan nama Nawwar Salha Salim apabila membuat pemberitahuan kepada rakannya Nani Suhana Ahmad bahawa anak saudaranya ditemu bual sebuah rancangan televisyen.

“Anak buah akak dah masuk berita. Saya tumpang gembira melihat peluang yang kak Nani dan anak buah dapat ke sana. Bawa nama Malaysia ke pentas dunia.

“Walaupun sebagai budak membawa bola padang. Itu pun dah cukup gembira berada secara langsung dengan pemain bola bertaraf dunia dan terkenal. Semoga anak-anak Malaysia terinspirasi melihat anak Malaysia mampu berada di sana bersama-sama orang terkenal pada masa akan datang. InsyaAllah. Amin.” tulisnya.

Sementara, itu beberapa blog sukan turut berkongsikan gambar Adam yang ketika itu ditangannya memegang bola sambil mengiringi pasukan yang beraksi. – MalaysiaGazette