Home Utama Khalid Samad, Syed Saddiq, Teresa Kok antara yang dilantik menteri

Khalid Samad, Syed Saddiq, Teresa Kok antara yang dilantik menteri

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Teresa Kok yang dilaporkan kurang berminat terhadap Kementerian Wilayah Persekutuan berkemungkinan akan diberi peranan sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dalam Kabinet baharu yang akan diumumkan bila-bila masa sahaja.
Teresa Kok di antara menteri yang dilantik dalam barisan Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara yang dilantik sebagai menteri dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Turut dilantik ke jawatan menteri ialah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyenaraikan 13 pemimpin PH dalam Kabinetnya yang masing-masing mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara, hari ini.

Mereka adalah 15 menteri termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang menjalankan tugas kerajaan Persekutuan berkuatkuasa 24 Jun lalu, menjadikan keseluruhan Kabinet PH 28 kementerian.

Berikut adalah senarai Menteri baharu:

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Md. Yusof

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution

Menteri Kerja Raya, Baru Bian

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah

Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim

Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa

Menteri Wilayah, Khalid Abd. Samad

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang), Datuk Liew Vui Keong

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Darell Leiking

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi

 

Kabinet sebelum ini ialah;

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahudin Ayub

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

Menteri Pelajaran, Dr. Maszlee Malik

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkifley Ahmad

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran

Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – MalaysiaGazette