Home Nasional Laungan ‘Hidup Najib’, tangkap Tun M’ di SPRM

Laungan ‘Hidup Najib’, tangkap Tun M’ di SPRM

Pengerusi Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu (PEMATAU), Datuk Lokman Nor Adam (tengah) bercakap semasa perhimpunan solidariti sebagai tanda sokongan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditahan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 03 JULAI 2018

PUTRAJAYA –  Hampir 50 penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkumpul dalam himpunan solidariti bagi menyatakan sokongan terhadap beliau yang ditahan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam ini.

Himpunan aman itu rata-rata mempersoalkan tindakan SPRM menahan Najib tanpa mengemukakan bukti salah laku.

Ia dipimpin NGO Pemantau Malaysia Baharu yang kini memantau perkembangan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Program itu dihadiri kira-kira 50 peserta itu mula berkumpul jam 8.30 malam di luar bangunan SPRM dan dijangka diadakan sehingga 11 malam.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Nor Adam dilihat memimpin himpunan ini dengan mengadakan ucapan.

“Najib akan didakwa dengan kesalahan kecil seperti RM46 juta duit SRC International. Kita nak jelaskan duit itu ada unsur khianat dan kita percaya bukan salah Najib,” kata beliau.

Turut hadir, Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Tun Ismail Aziz yang juga bekas Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). -MalaysiaGazette