Home Nasional Saya kagum produk KBS jadi menteri – KJ

Saya kagum produk KBS jadi menteri – KJ

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (dua kiri) bersama mantan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (dua kanan) bertukar dokumen serah tugas jawatan pada hari pertama bertugas sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu di Putrajaya. Hadir pada majlis Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sin Chee Keong (kiri) dan mantan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan (kanan). .foto SYAFIQ AMBAK, 03 JULAI 2018.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (dua kiri) bersama mantan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (dua kanan) bertukar dokumen serah tugas jawatan pada hari pertama bertugas sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu di Putrajaya. Hadir pada majlis Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sin Chee Keong (kiri) dan mantan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan (kanan). .foto SYAFIQ AMBAK, 03 JULAI 2018.

PUTRAJAYA – Khairy Jamaluddin kagum kerana produk belia yang dilahirkan Kementerian Belia dan Sukan dilantik menjadi menteri.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, beliau terharu dengan kebolehan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam tempoh masa singkat membuktikan ketokohan sebagai pemimpin muda yang dihormati rakyat khususnya golongan pemuda.

“Saya yakin gabungan Saddiq dan Timbalan Menterinya, Steven Sim dapat memacu kementerian ini ke arah kejayaan lebih besar pada tahun tahun akan datang.

“Saya bangga walaupun berbeza politik, ada juga produk KBS dan seorang belia yang pernah mengikuti program Fellowship Perdana dan pernah memenangi anugerah belia negara diangkat sebagai Menteri,” katanya dalam sidang media selepas majlis serah tugas menteri dan timbalan menteri hari ini.

Turut hadir bekas Timbalan Menterinya Datuk Seri M. Saravanan untuk menyerahkan tugas kepada rakan sejawatannya yang baharu, Steven Sim.

Tambah beliau, walaupun datang dari parti berbeza, adalah penting agenda belia dan sukan diutamakan.

Ahli Parlimen Rembau itu yang ditanya mengenai nasihat dan idea yang dikongsikan kepada menteri termuda dalam sejarah jemaah Menteri berkata: “Saya kongsi pendapat supaya fokus prestasi dan kebolehan yang dapat dicurah untik pembangunan sukan tanahair dan belia.

“Jangan lihat usia, ia angka sahaja, kita lihat prestasi dan kebolehan (Saddiq).

“Agenda belia bukan hanya letak di KBS sebaliknya ia merentasi kementerian dan harus bekerjasam dengan kementerian lain.

“Tunjukkan imej baharu dan baik supaya agenda diteruskan, contohnya masalah siswazah menganggur dan gejala sosial melibatkan belia… bagi saya Saddiq pilihan tepat diangkat sebagai menteri mewarisi belia,” ujar beliau.

Sementara itu, Syed Saddiq berkata, beliau akan meneruskan legasi yang ditinggalkan Khairy dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.

Katanya, beliau juga menerima input mengenai cabaran yang bakal dihadapinya sepanjatng tempoh kepimpinannya selepas ini.

“KJ saya kenal sejak 4 tahun dahulu semasa mengikuti Fellowship Perdana lagi.. gembira beliau sanggup berkongsi dan nasihat saya cabaran yang bakal saya tempuh sebagi menteri dan memberikan input mengharunginya.

“Saya perlu belajar untuk tadbir urus kementerian walaupun jumlah bajet kerajaan yang disediakan terhad berbanding kementerian lain termasuk menangani isu masa depan,” katanya. – MalaysiaGazette