Home Dunia Seorang maut, 12 cedera akibat letupan loji kimia

Seorang maut, 12 cedera akibat letupan loji kimia

Gambar kebakaran akibat letupan loji kimia di Jepun.

TOKYO- Letupan di sebuah kilang loji kimia di daerah Fukui mengakibatkan seorang maut dan 12 lagi mangsa cedera parah.

Menurut pihak berkuasa, mangsa- mangsa yang menghadapi kecederaan telah dibawa ke hospital dan seorang mangsa dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Loji yang meletup dikenalpasti memproses bahan kimia dan farmaseutikal, menurut laporan NHK.

Banyak asap dilihat keluar dari lubang di atas bumbung loji dan kesemua tingkapnya pecah.

Namun, tiada tanda-tanda menunjukkan berlaku kebocoran bahan kimia dalam loji berkenaan.- MalaysiaGazette