PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad membuat kejutan kepada media hari ini apabila tiba-tiba muncul di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau yang memakai kemeja putih dan berseluar berwarna hitam tiba di perkarangan ibu pejabat SPRM jam 9.45 pagi beberapa minit sebelum kehadiran bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau dipercayai hadir bagi memberikan keterangan berhubung pengakuan terima wang.
“Saya hadir untuk beri pengakuan terima wang,” jelasnya ringkas kepada media.
Ditanya lanjut mengenai mengapa kehadiran beliau di SPRM, bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu enggan mengulas lanjut. – MalaysiaGazette