TERKINI : Kerajaan Mahu Selaras SOP Perkahwinan Bawah Umur – Wan Azizah

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji elemen (sexual grooming) yang wujud dalam kes-kes perkahwinan kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun baharu-baharu ini.

Kata Menterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pegawai-pegawai kementerian tersebut kini sedang menyiasat perkara itu sekiranya ia berkaitan dengan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.