Menteri Belia Dan Sukan baru, Yang Berhormat Syed Saddiq tiba di Kementerian Belia Dan Sukan seawal 8.40 pagi hari ini memulakan tugas rasmi dengan merakam kad perakam waktu dan disambut ketibaan oleh seluruh warga KBS dalam majlis ringkas di lobi bangunan tersebut.
Syed Saddiq berusia 26 tahun yang juga merupakan menteri termuda dalam sejarah pernah dilantik sempat memberi kata kata semangat kepada warga KBS dalam majlis ringkas itu dan menyarungkan jaket harimau muda sebagai simbolik memulakan tugas rasmi beliau.