KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab atas penahanan Najib Razak semalam kerana ia dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya, hanya SPRM dan polis yang sebenarnya menyiasat dan melakukan penahanan itu.
“Kami tidak boleh bertanggungjawab atau dipersalahkan dalam hal ini (Najib ditahan). Sistem perundangan itu sudah sedia pakai sejak zaman kemerdekaan lagi.
“Saya tidak boleh mengeluarkan apa apa komen pasal peranan atau bidang kuasa SPRM dalam hal ini,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Majlis Peguam yang menyifatkan arahan penahanan dan pendakwaan yang dikeluarkan oleh Pasukan Siasatan Khas 1MDB sebagai tidak sah dan tidak berlunaskan undang-undang.
Dalam perkembangan lain, Tommy juga menegaskan pihaknya terkejut dengan peguambela Najib yang diketuai Tan Sri Shafee Abdullah yang memohon perintah sekatan agar kesemua pertuduhan ke atas bekas Perdana Menteri itu tidak diperbincangkan secara terbuka termasuk menyalahkan anak guamnya sebelum dibuktikan bersalah.
“Kamu tanya peguambela tertuduh (Najib) mengenai rayuan perintah sekatan (gag order) itu, kami bantah permohonan itu kerana tidak pasti sebesar mana atau skop perintah itu, ia agak mengejutkan kami.
“Tarikh 8 Ogos ditetapkan untuk mengetahui keputusan ke atas status permohonan, kami akan membentah nanti.
“Kami juga tidak pasti bawah bidang kuasa apa mahkamah membenarkan permohonan perintah sekatan itu,” tegasnya.
Najib yang dituduh di Mahkamah Tinggi Jenayah di Jalan Duta menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa melibatkan dana SRC International Sdn.Bhd berjumlah RM42 juta tetapi mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan .
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh dijamin dengan wang cagaran RM1 juta ke atas empat pertuduhan itu dengan dua penjamin selain diarah menyerahkan kedua-dua pasport diplomatik hari ini.
Najib merupakan satu-satunya bekas Perdana Menteri yang dihadapkan ke mahkamah berkait pertuduhan salah guna kuasa dan pecah amanah.- MalaysiaGazette
gag order tu ada dalam buku pelajaran masa dia belajar dulu . bila kena kat dia guna gag order bila orang lain jadi speaker order . round dunia cerita kes Anwar .