
MOSCOW – England mengorak langkah ke suku akhir selepas menumpaskan Colombia 4-3 menerusi penentuan penalti dalam perlawanan awal pagi ini.
Skuad Three Lions itu menang selepas penentuan pada sepakan penalti setelah terikat 1-1 sehingga masa tambahan.
Dengan kemenangan itu England akan bertemu Sweden pada saingan suku akhir pada Sabtu ini.
Terdahulu, Sweden menewaskan Switzerland 1-0 di Stadium Saint Petersburg dalam satu lagi saingan peringkat kelompok 16 terbaik. – MalaysiaGazette