Home Nasional Rosmah hadir mahkamah beri sokongan kepada Najib

Rosmah hadir mahkamah beri sokongan kepada Najib

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir bagi mendengar pertuduhan suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Jenayah, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 04 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya muncul di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.

Rosmah membuat kejutan kepada pengamal media apabila kelibat beliau kelihatan di laluan koridor aras lima Mahkamah Tinggi Jenayah pukul 2.53 petang.

Dari jauh, Rosmah dilihat memakai baju kurung dan selendang sedondon warna jingga.

Kemunculan Rosmah secara tiba-tiba mencuri tumpuan ramai apabila beliau tidak kelihatan sewaktu prosiding pagi tadi.

Sebelum itu, Rosmah tidak kelihatan bersama-sama ahli keluarganya yang lain dalam rombongan mengikuti Najib ke mahkamah pagi tadi.

Ketika itu, Datuk Seri Najib Razak baharu sahaja meninggalkan Kompleks Mahkamah pukul 3.30 petang selepas selesai mengadakan sidang media. – MalaysiaGazette