Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melemparkan senyuman ketika memasuki kandang tertuduh Mahkamah Sesyen di sini pagi ini.
Najib, 65, bagaimanapun dikawal ketat oleh pasukan polis dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau yang juga merupakan bekas Presiden hadir memakai kot berwarna biru turut kelihatan tenang ketika berjalan di koridor tingkat empat mahkamah pada pukul 8.25 pagi.