KUALA LUMPUR – Eksport negara pada Mei 2018 berjumlah RM82.1 bilion, melepasi paras RM80.0 bilion atau peningkatan sebanyak 3.4 peratus tahun ke tahun.
Ini adalah bulan ke-5 berturut-turut pertumbuhan eksport melebihi import, menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin.
Eksport semula bernilai RM16.3 bilion, yang mana meningkat 21.4 peratus tahun ke tahun dan menyumbang 19.8 peratus daripada jumlah eksport.
Eksport domestik adalah lebih rendah sebanyak 0.3 peratus menurun RM178.0 juta kepada RM65.9 bilion.
Import merekodkan peningkatan kecil iaitu 0.1 peratus tahun ke tahun kepada RM74.0 bilion.
Berasaskan bulan ke bulan, eksport merekodkan penurunan sebanyak 2.5 peratus atau RM2.1 bilion daripada RM84.2 bilion. Dalam terma pelarasan musim, eksport juga menurun 3.3 peratus.
Berasaskan bulan ke bulan, import mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.9% atau RM2.8 bilion daripada RM71.2 bilion.
Berasaskan tahun ke tahun, pertumbuhan eksport adalah disebabkan oleh pengembangan eksport ke Hong Kong (+RM1.4 bilion), Kesatuan Eropah (+RM913.2 juta), Viet Nam (+RM904.4 juta), China (+RM795.3 juta) dan Jepun (+RM769.3 juta).
Berasaskan tahun ke tahun, kenaikan import yang tinggi adalah dari China (+RM1.1 bilion), Taiwan (+RM1.1 bilion), Singapura (+RM976.3 juta), Arab Saudi (+RM676.6 juta) dan Republik Korea (+RM561.6 juta). – MalaysiaGazette