Home Nasional Mayat dikerat dijumpai di dalam dua beg pakaian di Sungai Gombak

Mayat dikerat dijumpai di dalam dua beg pakaian di Sungai Gombak

Mayat yang telah dikerat kepada beberapa bahagian, dijumpai dalam dua beg pakaian di tebing Sungai Gombak berhampiran bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, tengah hari ini.
Mayat yang telah dikerat kepada beberapa bahagian, dijumpai dalam dua beg pakaian di tebing Sungai Gombak berhampiran bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, tengah hari ini.

KUALA LUMPUR – Mayat yang telah dikerat kepada beberapa bahagian, dijumpai dalam dua beg pakaian di tebing Sungai Gombak berhampiran bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, tengah hari ini.

Menurut sumber, mayat itu ditemukan oleh seorang pekerja landskap yang berada di tempat kejadian,  kira-kira 12 tengah hari tadi.

Lelaki tersebut yang ternampak kaki manusia terjulur keluar dari satu daripada beg pakaian itu terus  memaklumkan kepada pihak polis mengenai penemuannya.

“Pemeriksaan mendapati badan mangsa dimasukkan dalam satu beg manakala kaki, tangan serta kepala di dalam satu lagi beg,” katanya.

Identiti mangsa termasuk jantina masih belum dikenal pasti.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Rudy Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penemuan tersebut dan berkata mayat berkenaan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Polis telah mengambil keterangan dua lelaki serta seorang wanita, dipercayai tinggal di sekitar kawasan itu untuk membantu siasatan. – BERNAMA