SINGAPURA – Harga minyak menyusut pada Jumaat disebabkan kegusaran pelabur terhadap pelaksanaan tariff import yang dikatakan akan dikuatkuasan lewat hari ini oleh dua negara besar, Amerika Syarikat dan China.
Harga kontrak hadapan minyak mentah Brent LCOc1 jatuh 28 sen atau o.4 peratus kepada AS$77.11 setong pada 0214 GMT berbanding ketika ditutup semalam.
Kontrak hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI)jatuh 14 sen atau 0.2 peratus pada AS$72.80.
Amerika Syarikat telah mengumumkan pelaksanaan tarif ke atas barangan dari China bermula Jumaat, 12:01 pagi waktu Washington.- MalaysiaGazette