Home Politik Latheefa tanya Pas, Tommy guna bahasa apa fail tuntutan royalti minyak?

Latheefa tanya Pas, Tommy guna bahasa apa fail tuntutan royalti minyak?

Latheefa Koya

KUALA LUMPUR – Pas mungkin lupa ketika kerajaan Kelantan menggunakan khidmat guaman Tommy Thomas untuk memfailkan tuntutan royalti petroleum di Mahkamah Rayuan lapan tahun lalu, peguamnya menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksinya dengan mahkamah.

Peguam, Latheefa Koya hairan macam mana Pas boleh membuat kenyataan mendakwa kononnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) ‘meminggirkan’ bahasa Melayu.

“Aku nak tanya Pas, masa (tahun) 2010 melantik Tommy mewakili kerajaan Kelantan bagi memfailkan tuntutan royalti petroleum di mahkamah, Tommy cakap bahasa apa ya?,” soal beliau menerusi laman Twitternya hari ini.

Latheefa membidas Pas melalui akaun Twitternya berhubung dakwaan kerajaan PH meminggirkan bahasa Melayu.
Latheefa membidas Pas melalui akaun Twitternya berhubung dakwaan kerajaan PH meminggirkan bahasa Melayu.

Beliau mengulas laporan sebuah portal yang memetik kenyataan Bendahari Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali, yang menyifatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Peguam Negara, Tommy adalah sebagai bukti PH meminggirkan bahasa Melayu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu merujuk penggunaan bahasa Mandarin dalam kenyataan media Guan Eng dan kekecohan yang berlaku pada sidang media Peguam Negara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rabu lalu. – MalaysiaGazette