Home Sukan Real Madrid minta £88 juta dari Juventus

Real Madrid minta £88 juta dari Juventus

Cristiano Ronaldo
Real mengharapkan bidaan RM270 juta untuk Ronaldo dari Juventus Penghijrahannya ke Serie A musim ini.

MADRID – Real Madrid mengharapkan tawaran £88 juta (RM470.7 juta) daripada Juventus untuk pemain bintang, Cristiano Ronaldo.

Bintang Portugal berusia 33 tahun itu merupakan penjaring sepanjang masa untuk Real Madrid dengan 451 gol setakat ini.

Bagaimanapun usia dan keperluan Real merombak semula skuad yang menamatkan saingan La Liag dengan perbezaan 17 mata di belakang juara Barcelona musim lalu, menyebabkan kelab juara Itali itu memburu pemain tersebut.

Ronaldo menjulang kejuaraan Eropah yang kelima dalam kariernya bersama Madrid pada 27 Mei lalu.

Selepas kemenangan pada aksi final menentang Liverpool di Kiev, pengurus Real, Zinedine Zidane meninggalkan kelab empat hari mengecapi kejayaan tersebut.

Kekosongan Zidane diisi oleh jurulatih Sepanyol, Julen Lopetegui.

Masa depan pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali itu diperkatakan sejak lima tahun lalu selain hubungannya dengan Presiden kelab, Florentino Perez turut dipersoal.

Penghijrahannya ke Serie A akan memadam rekod pembelian yang dilakukan Juventus untuk bintang Argentina Gonzalo Higuain sebanyak £79 juta pada 2016.

Jumlah itu juga melebihi wang yang dibayar Real kepada Manchester United pada 2009 untuk memindahkan Ronaldo sebanya £80 juta dari Old Trafford ke Santiago Bernabeu. – MalaysiaGazette