Home Nasional Angin kencang hingga Selasa

Angin kencang hingga Selasa

KUALA LUMPUR – Angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50km/j dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Phuket, Condore, Reef North dan Palawan hingga Selasa ini.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan hari ini berkata keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut. – BERNAMA