Home Dunia Pelajar paling lemah dibawa keluar dulu dari gua

Pelajar paling lemah dibawa keluar dulu dari gua

Gambar kumpulan 12 pelajar dan seorang jurulatih bola sepak yang terperangkap dalam Gua Tham Luang.

BANGKOK – Hanya empat daripada 13 orang yang terperangkap dalam Gua Tham Luang, Chiang Rai berjaya dikeluarkan.

Pengesahan itu dibuat oleh pegawai yang terlibat dalam operasi tersebut, sekaligus membetulkan jumlah mangsa yang telah dibawa keluar.

Sebelum ini, beberapa media menyebut seramai enam orang telah berjaya dikeluarkan.

Sementara itu, The Nation pula melaporkan salah seorang daripada dua pelajar pertama yang dibawa keluar dalam situasi membimbangkan.

“Dia dikategori dalam kes merah. Kedua-dua mereka telah dikejarkan ke Hospital Prachanukroh.

Dr. Richard Harris yang memeriksa 13 anggota Akademi Mu Pa itu mengarahkan pelajar yang dalam keadaan paling lemah  dibawa keluar terlebih dahulu. – MalaysiaGazette