KUALA LUMPUR – “Jika 50 peratus siasatan telah selesai, kenapa baru empat orang sahaja yang dipanggil oleh SPRM untuk diambil keterangannya?”
Itu persoalan penganalisis bebas, Abdul Hamid Yeop Zainuddin susulan kenyataan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull bahawa siasatan berhubung kes 1MDB telah 50 peratus selesai baru-baru ini.
“Tak jelas (kenyataan KP SPRM), 50 peratus itu adakah mengenai skandal 1MDB atau hanya mengenai RM2.6 bilion duit 1MDB yang dimasukkan ke akaun bank Najib.
“Kedua-duanya tidak masuk akal dan sukar diterima 50 peratus telah selesai,” ujarnya lagi kepada Malaysia Gazette hari ini.
Beliau berkata demikian merujuk kepada buku Analisis Kewartawanan Saman DOJ: 1MDB Fakta Atau Fitnah? tulisan Ibuyati.
“Untuk menjustifikasikan telah 50 peratus selesai itu logik atau tidak, masuk akal atau tidak, terlebih dahulu kita perlu tahu, atau perlu faham atau perlu nampak macamana ‘besarnya’ siasatan yang sepatutnya dilakukan, jika mengikut rules of the law bukan mengikut siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM,” ujarnya.
Dalam analisis buku yang sama, katanya, Ibuyati telah menggariskan panduan siasatan mengikut duit yang diselewengkan, siapa orang yang terlibat, syarikat dan bank yang terlibat, di dalam atau diluar negara selain prosedur yang diamalkan.
“Pertama sekali rujuk duit yang diselewengkan. Tidak boleh disebut sebagai duit yang telah dicuri atau dirompak kerana belum disahkan dicuri atau dirompak tetapi jelas terbukti telah diselewengkan,” ujarnya.
Menurutnya, penulis buku itu telah menyenaraikan secara terperinci duit yang diseleweng dari 1MDB, duit 1MDB dari penjualan bon, pinjaman, pelaburan, usahasama bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2014 dengan jumlah melebihi RM42 bilion.
Kedua, berapa ramai orang atau pekerja yang terlibat dengan 1MDB, anak syarikat 1MDB, syarikat JV 1MDB dan lain-lain yang disebut dalam saman DOJ, katanya.
Selain itu, buku yang sama menunjukkan ada 13 ‘watak’ utama atau para konspirator termasuk MO1, MDBO1, MDBO2, MDBO3, Jho Low, Riza Aziz, Eric Tan dan lain-lain.
“Ketiga, sebanyak 33 syarikat yang dikaitkan secara langsung dengan skandal ini dan 27 syarikat yang telah disenaraikan menerima wang 1MDB yang diselewengkan tetapi tidak termasuk SRC International.
“Keempat, 16 bank di seluruh dunia termasuk AmBank tetapi tidak Bank Negara Malaysia dan kelima, sebanyak 34 aset utama yang diperoleh menggunakan duit 1MDB yang diselewengkan tetapi tidak termasuk barang yang dirampas dari premis yang dikaitkan dengan Najib,” katanya.
Keenam, katanya, sebanyak 229 fakta keterangan bukti danatau transaksi yang berkaitan dengan semua yang dinyatakan dan b
Berdasarkan keenam-enam skop diatas dèngan berpuluh-puluh orang yang terlibat ‘sebelum’ sampai kepada Najib.
“Adalah mustahil untuk menerima bahawa siasatan skandal 1MDB telah 50 peratus selesai dengan mengambil keterangan hanya daripada Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Riza Aziz,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri mahu kes berkenaan diadili berdasarkan perundangan dan telah menjanjikan ketelusan dan SPRM dituntut untuk menjelaskannya.- MalaysiaGazette
Siasatan 1MDB 50 peratus selesai – Mohd Shukri
kita buat kritikan memang senang lah . seumpama nak pindah sebuah bukit kelambah . bila projet satu tahun tak selesai . kita bolih saja kritik . sebab bukan kita yang lakukan.
Sama lah jugak PH, dulu kritik jee memang seronok, bila nak buktikan dan mengotakan janji …..hampas.