ALBERTA – Presiden OPEC mempertahankan tindakan kumpulan pengeluar minyak yang menentang permintaan Donald Trump supaya pengeluaran bahan bakar itu ditingkatkan
Suhail al-Mazrouei berkata, OPEC tidak boleh dipersalahkan dengan semua masalah yang berlaku dalam industri minyak.
“OPEC sedang melakukan tugasnya,” katanya sambil memberitahu OPEC responsif dari segi langkah-langkah dalam mesyuarat terbaru pada bulan Jun.
Trump menuduh OPEC telah menyumbang kepada kenaikan harga gasolin dan meningkatkan tekanan ke atas sekutu Amerika Syarikat untuk meningkatkan bekalan bagi menampung eksport dari Iran.
Washington telah memberi amaran akan mengenakan sekatan ke atas syarikat-syarikat asing yang menjalinkan perniagaan dengan Iran, dalam usaha untuk mengenakan sekatan sepenuhnya.
Iran mengeskport 2 juta tong minyak sehari.
Mazrouei berkata, OPEC sedia mendengar pandangan pengeluar-pengeluar utama termasuk Amerika Syarikat.
Jun lalu, OPEC bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran minyak mulai Julai ini.
Mazrouei, yang juga Menteri Tenaga di Emiriah Arab Bersatu berkata, pengeluar minyak mentah OPEC mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menangani sebarang gangguan bekalan global yang tidak diduga.
OPEC sedang mencari keseimbangan antara bekalan dan permintaan, bukan mensasarkan kepada harga minyak mentah.
UAE sahaja mempunyai kapasiti tambahan sebanyak 400,000 hingga 600,000 tong sehari, katanya.
Mazrouei berkata, tidak ada keperluan memanggil mesyuarat luar negara anggota OPEC luar biasa sebelum mesyuarat yang dijadualkan berlangsung pada bulan Disember ini. – MalaysiaGazette