HOUSTON – Seorang kanak-kanak dua tahun maut selepas dirinya sendiri di kepala.
Ketika kejadian, kedua ibu bapa Christopher Williams Jr berada di dalam rumah.
Polis berkata, pistol 9 milimeter yang digunakan oleh kanak-kanak itu adalah milik bapanya.
Buat masa ini, polis sedang mengenal pasti bagaimana kanak-kanak berkenaan memperoleh pistol tersebut sebelum melepaskan tembakan sekitar pukul 12.50 tengah hari.
Polis Texas berkata, kejadian seumpama itu yang membabitkan kanak-kanak kerap berlaku di Amerika Syarikat sejak kebelakangan ini.
Pegawai polis, David Angelo menyifatkan kematian Christopher sebagai insiden yang tragis.- MalaysiaGazette