Home Sukan Matthysse mahu tebus kekalahan Argentina di Piala Dunia

Matthysse mahu tebus kekalahan Argentina di Piala Dunia

KUALA LUMPUR – Jaguh tinju profesional Argentina Lucas Matthysse bertekad menewaskan legenda tinju Filipina Manny Pacquiao pada ‘Fight of Champions’ Ahad ini bagi mengubat kekecewaan negaranya yang tersingkir daripada Piala Dunia FIFA 2018 yang sedang berlangsung.

Juara welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA) itu mahu menebus kekalahan Argentina pada peringkat suku akhir kejohanan di tangan Croatia.

“Kita semua tahu Argentina tidak bernasib baik pada Piala Dunia walaupun mereka bermain dengan baik.

“Begitu juga dengan pertemuan ini, tidak ada bezanya dan sama penting untuk rakyat kami. Saya akan lakukan yang terbaik untuk muncul juara,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan pemanas badan di sebuah hotel di ibu negara hari ini.

Matthysse akan bertemu Pacquiao yang turut dikenali sebagai ‘Pacman’ dalam pertarungan tinju paling dinanti-nantikan di Axiata Arena, Bukit Jalil, hujung minggu ini.-BERNAMA