Home Utama Richard Malanjum Ketua Hakim Negara yang baharu

Richard Malanjum Ketua Hakim Negara yang baharu

ICJ
Richard Malanjum

KUALA LUMPUR – Tan Sri Richard Malanjum mengangkat sumpah malam ini sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.

Pelantikan Malanjum, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak itu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Tun Md Raus Sharif yang melepaskan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara pada 31 Julai lalu.

Malanjum, 65, menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Majlis pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah itu dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar. – MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts