Home Politik UMNO lantik peguam tuntut dana RM116.7j

UMNO lantik peguam tuntut dana RM116.7j

Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – UMNO melantik firma guaman Tetuan Scivetti & Associates bagi menuntut dana politik milik parti itu berjumlah RM116.7 juta yang telah disita oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Unit Undang-Undang UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu kenyataan berkata, pasukan peguam yang dilantik semalamĀ  akan diketuai Datuk Hariharan Tara Singh.

Katanya, mereka sedang mempertimbangkan, antara lain berhubung prosedur dan kaedah serta cadangan tindakan undang-undang yang boleh diambil UMNO terhadap pihak berkaitan dalam menuntut dana politik tersebut. – MalaysiaGazette