Home Seni Hidup Z++ menyelesaikan masalah dengkur

Z++ menyelesaikan masalah dengkur

Produk suplemen anti-dengkur iaitu Z++ berada di pasaran sejak awal Mei lalu.
Produk suplemen anti-dengkur iaitu Z++ berada di pasaran sejak awal Mei lalu.

KUALA LUMPUR – Tidur berdengkur biasanya dikaitkan dengan individu yang memiliki tubuh yang gemuk.

Selain itu, penat dengan aktiviti harian, gaya pemakanan atau mengalami masalah pernafasan juga dikatakan punca berdengkur.

Bagaimanapun, realitinya hari ini terdapat juga orang yang tidak gemuk yang tidur berdengkur. Malah masalah dengkur itu menjadi semakin seris kerana bukan sahaja turut terjadi kepada kaum lelaki malah wanita.

Bagi mereka yang sedang berdepan dengan masalah dengkur itu, kini terdapat produk suplemen yang mampu menghilangkan terus atau mengurangkan bunyi dengkur ketika tidur.

Dikenali Z++ iaitu suplemen anti dengkur, pengasas produk tersebut, Mohd. Sahril Mohd. Yusof tampil berkongsi rahsia kandungan apabila menggunakan formulasi sendiri hasil warisan keluarga.

Pengasas produk Z++, Mohd. Sahril Mohd. Yusof.
Pengasas produk Z++, Mohd. Sahril Mohd. Yusof.

Beliau berkata, kandungan utama Z++ tidak menggunakan bahan kimia sebaliknya bahan semula jadi yang disuling untuk mendapatkan ekstraknya menerusi kombinasi madu asli, jintan hitam, kunyit dan pudina.

“Saya mengeluarkan produk Z++ di pasaran sejak awal Mei lalu sebanyak 3,000 unit dan sambutan amat luar biasa apabila habis dalam tempoh tiga bulan ini.

“Rata-rata penguna seramai 98 peratus mengakui keberkesanan Z++ apabila masalah dengkur hilang atau pun bunyinya berkurangan mendadak, selain dapat melegakan asma atau semput,” katanya.

Mohd. Sahril, 35, memberitahu Z++ adalah sejenis cecair dalam paket kecil dan hanya diminum sebelum tidur pada waktu malam.

Kandungan utama Z++ merupak ekstrak menerusi kombinasi madu asli, jintan hitam, kunyit dan pudina.
Kandungan utama Z++ merupak ekstrak menerusi kombinasi madu asli, jintan hitam, kunyit dan pudina.

Jelasnya, beliau melakukan penyelidikan dan pembangunan selama dua tahun bagi menghasilkan produk berkualiti sama ada keberkesanan atau tidak boleh ditiru sama sekali.

Kata beliau, syarikatnya iaitu SirChareltz Legacy Enterprise merupakan pihak tunggal yang mengeluarkan Z++ di negara ini menerusi perjanjian bersama dengan sebuah kilang di negara ini yang bertindak sebagai pengeluar produk tulen (OEM).

“Sebenarnya saya telah mengeluarkan Z++ sejak tahun 2013 namun lebih kepada produk industri kecil sederhana (IKS) dalam bentuk botol.

“Selepas itu, saya mula melakukan penambahbaikan apabila memiliki modal yang lebih besar dengan membuat pembungkusan baharu dan menggunakan mesin untuk menghasilkan dalam skala yang lebih besar,” katanya.

Mohd. Sahril yakin Z++ mampu menjadi fenomena kerana merupakan produk anti-dengkur pertama berada di pasaran.
Mohd. Sahril yakin Z++ mampu menjadi produk fenomena dalam masa terdekat ini.

Mohd. Sahril turut menyasarkan dapat menjual 10,000 unit Z++ setiap bulan menjelang hujung tahun ini atas faktor produk anti-dengkur pertama yang berada di pasaran dan membantu menyelesaikan masalah orang ramai tidak lelaki atau wanita.

Sementara itu, Z++ yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan pada awal tahun ini dijual pada harga RM125 di Semenanjung Malaysia dan RM135 di Sabah serta Sarawak.

Mereka yang berdepan masalah dengkur dan ingin mencubanya, boleh menghubungi talian 014-3379793 atau 018-7676645 atau layari Facebook: zplus selatan atau Instagram: zplusselatan. – MalaysiaGazette