Home Sukan Croatia jumpa Perancis pada final Piala Dunia

Croatia jumpa Perancis pada final Piala Dunia

Croatia lanyak England
Mario Mandzukic muncul hero Croatiasete;ah menjaringkan gol kemenangan ketika menentanga England bagi membolehkan pasukannya melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia.

MOSCOW – Croatia mencipta sejarah apabila mara ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali pertama dengan menyingkir England 2-1 dalam masa tambahan.

Pada perlawanan separuh akhir awal pagi tadi, Mario Mandzukic muncul wira Croatia apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-109.

Perlawnaan diheret ke masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1.

England mendahului seawal minit ke-5 menerusi sepakan percuma Kieran Trippier.

Luka Modric
Magik luka Modric di bahagian tengah berjaya membawa impak kemenangan kepada Croatia untuk beraksi pada final bersejarah Piala Dunia 2018 di Moscow Ahad ini.

Namun Croatia bangkit pada babak kedua bagi menyamakan kedudukan menerusi Ivan Perisic pada minit ke-68.

Croatia yang berada pada ranking ke-20 dunia akan bertemu Perancis pada perlawanan akhir di Moscow.

Keputusan tersebut menyaksikan harapan England untuk mara ke perlawanan akhir selepas menjuarai kejohoanan itu 52 tahun musnah dan akan bertemu Belgium bagi penentuan tempat ketiga pada Sabtu ini.

Malah kejohanan kali ini merupakan kali pertama skuad Gareth Southgate berjaya melangkah ke separuh akhir selepas 28 tahun.

Skuad yang dibarisi pemain muda selepas dimalukan Iceland dalam kempen Euro 2016 menyaksikan anak buah Southgate membawa harapan baharu untuk penyokong Three Lions dalam pentas antarabangsa.

England mendominasi perlawanan selepas membuka jaringan awal.

Harry Kane yang mendahului senarai kasut emas dengan enam gol gagal membawa impak yang diharapkan, begitu juga Dele Alli dan Jesse Lingard. – MalaysiaGazette