Home Dunia Kylie Jenner bilionair termuda dunia

Kylie Jenner bilionair termuda dunia

LOS ANGELES – Bintang realiti televisyen, Kylie Jenner bakal dinobatkan sebagai bilionair termuda dengan aset bernilai AS$900 (RM3.6 bilion) mengatasi pengasas Facebook, Mark Zuckerberg yang mendapat gelaran itu ketika berumur 23 tahun.

Menariknya, nilai tersebut telah diapai dalam tempoh kurang daripada tiga tahun oleh pengasas ‘Kylie COsmetics’ ini.

Agensi melaporkan, Kylie, 20,  yang juga merupakan adik tiri kepada bintang realiti Kim, Khloe dan Kourtney Kardashian dikatakan memiliki kekayaan dua kali ganda berbading adik beradik yang lain.

Majalah Forbes melaporkan, Kylie Cosmetics yang ditubuhkan oleh bintang muda itu pada 2016 dengan menawarkan kit gincu bibir bernilai AS$29 (RM117) telah mencatatkan jualan mencecah lebih AS$630 juta (RM2.54 bilion).

Selain daripada kosmetik, Kylie juga terlibat dengan dunia peragaan dan juga duta pelbagai produk antarabangsa yang turut menyumbang kepada gelaran tersebut.

Kylie Jenner

Baru-baru ini dalam satu temubual dengan Forbes, Kylie mendedahkan media sosial banyak membantu kejayaannya.

Beliau setakat ini mempunyai 110 juta pengikut dalam laman sosial Instagram sahaja.

“Media sosial adalah satu platform yang amat menakjubkan. Ia memberi saya akses yang mudah kepada peminat dan pelanggan dengan sangat mudah dan memang menguntungkan.

“Ini merupakan antara intipati kepada kejayaan yang saya kecapi ketika ini. Selain itu, sudah tentu rancangan realiti kami juga telah memberi peluang kepada saya,” ujarnya.

Kylie mula mendapat perhatian selepas terbabit dalam rancangan realiti televisyen ‘Keeping Up with the Kardashians’ bersama ibu dan adik-beradiknya. – MalaysiaGazette