SINGAPURA – Harga minyak turun lebih rendah dalam dagangan hari ini – kejatuhan minggu kedua berikutan peningkatan pengeluaran oleh OPEC dan Rusia.
Minyak mentah Brent merosot AS$0.20 sen, atau 0.3 peratus, kepada AS$74.25 pada 0059 GMT berbanding melantun sebanyak AS$1.05 dari sesi rendah AS$72.67.
Brent dijangka merekodkan kemerosotan mingguan hampir 4 peratus.
Minyak mentah Amerika Syarikat juga menyusut sebanyak AS$0.06 atau 0.1 peratus, kepada AS$70.27, selepas penurunan lima sen dalam sesi sebelumnya – kemerosotan mingguan hampir 5 peratus. – MalaysiaGazette