KUALA LUMPUR – Selepas sebulan ditubuhkan, Tabung Harapan Malaysia hari ini mencecah kutipan lebih RM148.9 juta.
Jumlah berkenaan direkodkan dan dipamerkan di laman Facebook Menteri Kewangan Malaysia hari ini.
Untuk rekod, tabung derma itu ditubuhkan pada 31 Mei yang lalu bagi tujuan memudahkan rakyat menyalurkan sumbangan kepada kerajaan.
Strategi itu digunakan selepas pengumuman hutang kerajaan yang mencecah RM1 trilion.-MalaysiaGazette