PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendapat lanjutan perintah reman terhadap seorang bekas pegawai khas, Datin Seri Rosmah Mansor.
Peguam belanya, Ridha Abdah Subri ketika ditemui di Mahkmah Majistret di sini berkata, lanjutan reman itu diberikan oleh Majistret Shahwira Abdul Halim.
Katanya, pegawai khas itu akan dibebaskan pada Ahad ini selepas selesai urusan siasatan.
Terdahulu, bekas pegawai khas isteri bekas perdana menteri itu tiba di bangunan mahkamah kira-kira pukul 10.50 pagi dengan memakai baju lokap SPRM berwarna oren diiringi dua pegawai.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada tangan beliau bergari ekoran ditutup dengan baju.
Individu terbabit ditahan untuk siasatan membabitkan pembekalan dan pemasangan panel tenaga solar kepada 369 buah sekolah di Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion. – MalaysiaGazette