Home Nasional Harga minyak belum turun, UEC pulak dulu, kata Rais

Harga minyak belum turun, UEC pulak dulu, kata Rais

Veteran politik yang terkenal dengan keprihatinannya terhadap isu-isu bahasa dan budaya, Tan Sri Rais Yatim menyifatkan adalah tidak wajar rakyat menerima keputusan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) hanya kerana ia terkandung di dalam manifesto kerajaan pakatan harapan.
Veteran politik yang terkenal dengan keprihatinannya terhadap isu-isu bahasa dan budaya, Tan Sri Rais Yatim menyifatkan adalah tidak wajar rakyat menerima keputusan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) hanya kerana ia terkandung di dalam manifesto kerajaan pakatan harapan.

KUALA LUMPUR – Veteran politik yang terkenal dengan keprihatinannya terhadap isu-isu bahasa dan budaya, Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan adalah tidak wajar rakyat menerima keputusan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) hanya kerana ia terkandung di dalam manifesto kerajaan pakatan harapan.

Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sebaliknya menyarankan supaya intisari UEC dibentangkan terlebih dahulu sebelum persetujuan pengiktirafan ke atas peperiksaan itu diumumkan oleh menteri.

“Menteri tak wajarlah kata mentang-mentang UEC dah jadi manifesto parti maka rakyat jelata ikut saja.

“Eloklah bentangkan dulu intisari UEC,” katanya dalam laman Twitternya.

Rais seterusnya mempersoalkan pihak yang mana sepatutnya mentadbir isi kandungan UEC, adakah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau kerajaan itu sendiri.

Beliau turut membuka tandatanya tentang kemungkinan wujudnya percanggahan di antara UEC dengan Akta Pelajaran dan isu-isu tersebut seharusnya diperhalusi terlebih dahulu.

“Ni harga minyak belum turun.UEC pulak,” tambah beliau.

Kelmarin Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menegaskan pendirian kerajaan untuk meneruskan rancangan mengiktiraf UEC selaras manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lepas.

Katanya, kerajaan tidak akan membuat ‘pusingan u’ atau dilihat flip-flop dalam perkara itu sambil menegaskan tidak wujud sebarang percanggahan mengenai perkara tersebut meskipun dibantah oleh banyak pihak di luar pakatan harapan.

Semalam Dong Zong dan Jiao Zong mengeluarkan kenyataan bersama yang menafikan pengiktirafan UEC sebagai syarat kemasukan ke IPTA akan menjejaskan perpaduan dan kedudukan bahasan kebangsaan.

Kedua-dua pertubuhan itu turut mempertahankan bahawa sukatan pelajaran untuk UEC tidak diambil dari Taiwan, malah setiap mata pelajaran peperiksaan itu ditulis mengikut standard kurikulum dan garis panduan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan. – MalaysiaGazette