Home Ekonomi CIMB rangkul 12 anugerah

CIMB rangkul 12 anugerah

Barisan pengurusan CIMB Group bersama anugerah-anugerah yang dimenangi..

KUALA LUMPUR – CIMB Group mendapat 12 anugerah dalam The Asset Triple A Islamic Finance Awards 2018.

Ia termasuk Penasihat Sukuk Terbaik di Asia Pasifik untuk tahun ketujuh dan Bank Pelaburan Islam terbaik di Asia Pasifik bagi kali kesembilan dalam tempoh 10 tahun.

Bank itu turut meraih Rundingan Islam Terbaik bagi Indonesia, China, Kemboja danHong Kong.

The Asset Triple A Islamic Finance Awards adalah pengiktirafan industri yang paling berprestij Islam, segmen yang paling pesat berkembang di dunia kewangan. – MalaysiaGazette