GENEVA – Ketagihan seks dan perbuatan tingkah laku tidak terkawal seks disifatkan sebagai ‘sakit mental’ oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini.
Bagaimanapun, WHO belum lagi menyatakan dengan jelas adakah perbuatan tersebut setanding dengan ketagihan dadah atau judi setakat ini.
Terbitan terbaharu katalog penyakit dan kecederaan dunia, WHO mengambil langkah ke arah mengikftiraf konsep itu dengan mengesahkan ‘penyakit kelakuan seks tidak terkawal’ atau ‘CSBD’ sebagai penyakit mental.
Menurut pakar WHO, Geoffrey Reed, kajian masih lagi dijalankan adakah gejala ini setanding dengan ketagihan judi atau dadah.
“Secara konservatifnya, kita tidak merasakan ada bukti bahawa proses CSBD sama seperti ketagihan arak atau heroin, kajian masih lagi terus dijalankan.
“Setakat ini, kita tidak meletakkan masalah CSBD sama seperti ketagihan dadah atau judi sambil menegaskan lebih banyak kajian diperlukan sebelum menganggap gejala itu sebagai sejenis ketagihan,” katanya.
Perdebatan istilah ketagihan seks diperkatakan sejak berdekad-dekad, namun ramai pakar saling bersetuju atau tidak sama ada penyakit mental akibat kegagalan mengawal nafsu seks wujud.
Dalam kemas kini Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD) terbaharu bulan lalu, WHO menegaskan, CSBD adalah kegagalan berterusan untuk mengawal dorongan seks kuat secara berulang sehingga menyebabkan tekanan dan kemerosotan yang ketara. – Malaysia Gazette