Home Dunia 8 maut akibat cuasa panas

8 maut akibat cuasa panas

Pegawai polis meneruskan operasi menyelamat dalam keadaan panas terik di tapak tanah runtuh di Hiroshima, Jepun.

TOKYO – Sekurang-kurangnya lapan orang maut berikutan suhu terlalu tinggi di selatan Jepun.

Sejak Sabtu lalu, enam orang dilaporkan meninggal dunia manakala dua orang pada disahkan mati akibat strok haba kelmarin, menurut laporan Kyodo News.

Sebahagian besar warga Jepun kini mencari penawar untuk merawat strok haba dan keletihan akibat panas.

Suhu mencecah 38.8 darjah selsius di wilayah Gifu semalam.

Beberapa lokasi, termasuk bandar Kurashiki di Okayama dan Asakita Ward di Hiroshima juga mencatatkan suhu tertinggi tahun ini, menurut agensi meteorologi Jepun. – MalaysiaGazette

+ posts