Home Ekonomi Akhirnya kru kabin Malindo Air boleh undi sulit

Akhirnya kru kabin Malindo Air boleh undi sulit

nufam

KUALA LUMPUR – Setelah menunggu selama dua tahun, syarikat Malindo Air akhirnya akur dan membenarkan proses undi sulit untuk pekerja anak kapal dijalankan.

Proses Undi Sulit ini akan diadakan pada 1 hingga 3 Ogos ini dan disambung pada 6 Ogos di KLIA dan Subang.

Sekretariat Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) berkata, kira-kira 300 pekerja kru kabin akan layak mengundi pada hari tersebut.

Sebelum ini undi sulit itu NUFAM sukar mendapatkan persetujuan Malindo Air, bagaimanapun kesatuan berkenaan berjaya membuat representasi isu larangan tersebut pada tahun lalu, yang mana majikan Malindo Air telah melarang pekerja mereka menyertai badan kesatuan melalui kontrak pekerja mereka.

NUFAM telah membuat aduan tersebut terhadap Malindo Air dan akhirnya syarikat terpaka mengeluarkan klausa dalam kontrak kerja mereka mengikut peraturan undang undang di bawah Akta Kerja 1955 dan Akta APP 1967.

Katanya, NUFAM akhirnya berjaya melepasi masalah tersebut pada awal tahun ini dengan mengadakan satu perjanjian persefahaman dengan Malindo Air untuk membenarkan semua kru kabin mereka menyertai NUFAM.

Undi sulit ini akan diuruskan oleh agensi Kementerian Sumber Manusia di bawah Jabatan Perhubungan Perusahaan.

Sekretariat NUFAM berkata, pihaknya mengalu-alukan semua kru kabin menyertai proses undi sulit ini untuk mendapat pembelaan yang adil dan saksama melalui satu perjanjian Kolektif Bersama (CA) dengan bersama Malindo Air.

  • MalaysiaGazette