Home Ekonomi Kerajaan tangguh dedah kontrak IPP yang batal

Kerajaan tangguh dedah kontrak IPP yang batal

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk tidak mendedahkan kontrak empat pengeluar tenaga bebas (IPP) yang telah dibatalkan buat masa ini.

Keempat-empat syarikat berkenaan mendapat kontrak daripada pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional.

“Kita akan mengumumkan kemudian kerana ada beberapa isu,” kata Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin di lobi Parlimen.

Minggu lalu, Yeo memberitahu kerajaan akan mendedahkan kontrak empat IPP itu selepas pembatalan kontrak itu diluluskan oleh Kabinet.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan syarikat IPP yang terlibat cuma dimaklumkan salah satu daripadanya adalah syarikat tersenarai awam dan kesemuanya entiti baru.

Yeo berkata, pembatalan kontrak itu tidak membabitkan pampasan daripada kerajaan atau tindakan undang-undang daripada IPP.

Keputusan itu tidak menjejaskan bekalan elektrik negara. – MalaysiaGazettee