Home Dunia Lapan maut akibat dikurung dalam peti sejuk

Lapan maut akibat dikurung dalam peti sejuk

Keadaan di dalam lori yang menahan lapan pendatang dijumpai maut di pantai Libya barat, Zuwara

TRIPOLI- Lapan mangsa penyeludupan manusia termasuk enam kanak-kanak dan seorang wanita dijumpai mati dalam keadaan terkurung di dalam sebuah lori di pantai barat Libya, semalam.

Seramai 90 lagi mangsa berjaya diselamatkan dan kini dalam keadaan kritikal.

Mereka dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan selanjutnya, menurut pengarah keselamatan di bandar Zuwara.

Mangsa yang terbabit dikurung dalam peti sejuk yang direka khas untuk membawa daging dan ikan di dalam lori berkenaan.

Kebanyakan mangsa terdiri daripada pendatang dari Afrika, Arab, Pakistan dan Bangladesh.

Kesemua mangsa ditemui di luar kawasan Zuwara, berhampiran dengan kompleks minyak dan gas di Mellitah.

Zuwara adalah sebuah tempat penyeludupan manusia yang terletak kira-kira 110 kilometer dari ibu negara, Tripoli biasa dijadikan lokasi transit sebelum pendatang di bawa ke Eropah.- MalaysiaGazette