KUALA LUMPUR – Rakyat berasa bimbang dan curiga dengan pelaksanaan semula sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus.
Bekas Perdana Menteri itu mendakwa pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan pelaksanaan sifarnya sejak 1 Jun lalu gagal membawa kesan yang diharapkan semua khususnya rakyat.
“Rakyat sudah rasa bimbang dan curiga dengan SST dan harga dijangka naik sekurang-kurangnya 10 peratus jualan dan enam peratus bidang perkhidmatan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Najib kini merupakan saf pembangkang buat kali pertama dalam sejarah UMNO dan Barisan Nasional (BN) selepas mentadbir selama 60 tahun.
BN kecundang dalam PRU-14 lalu dengan memperoleh 79 kerusi Parlimen sebelum defisit kepada 54 ahli Parlimen mewakili UMNO-BN.
Tambah beliau lagi, memperkenalkan semula SST menggantikan GST oleh kerajaan pakatan tidak lama lagi bakal memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat.
“Kalau ia naik, ia akan memberi kesan kos sara hidup yang naik kelak. Selepas sifar GST yang tak membawa kesan, penambahan SST maknanya beban rakyat akan terus meningkat.
“Segalanya tidak kesampaian dalam isu cukai oleh apa yang diinginkan kerajaan semasa (PH),” katanya lagi. – MalaysiaGazette