Home Nasional Saya akan bawa usul kekalkan GST, kata KJ

Saya akan bawa usul kekalkan GST, kata KJ

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bercakap pada Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Majlis Parlimen Yang Keempat Belas 2018 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 17 JULAI 2018
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bercakap pada Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Majlis Parlimen Yang Keempat Belas 2018 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 17 JULAI 2018

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin akan membawa usul menggesa kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) untuk mengekalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Kata beliau, usul itu akan dibawa pada sidang Dewan Rakyat kali ini yang akan bermula esok dan bersidang selama 20 hari.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik hari atau tarikh usul itu akan dikemukakan untuk dimasukkan dalam aturan mesyuarat sidang kali ini.

“Saya akan sentuh dalam perbahasan (Dewan Rakyat) nanti mengenai cadangan kerajaan nak melaksanakan SST.

“Saya akan usulkan bahawa tidak perlu sebenarnya kerajaan untuk laksana SST.

“Cuma mungkin boleb dilihat semula sistem GST dengan memperkenalkan kadar lebih rendah,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.

Tambah Khairy Jamaluddin, mengekalkan GST dengan memperkenalkan kadar peratusan cukai yang lebih rendah boleh membawa hasl yang sama kepada kerajaan dengan sistem percukaian yang lebih cekap.

Dua hari lalu, kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menyatakan SST akan diperkenalkan semula dengan membentangkan di sidang Parlimen kali ini sebelum melaksanakannya.

Ia mendapat pelbagai reaksi dan juga kritikan khususnya daripada pembangkang sebagai membawa beban kos sara hidup tinggi terhadap rakyat.

Kerajaan PH juga didakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal membawa kesan positif selepas GST ditetapkan pada kadar sifar sejak 1 Jun lalu. – MalaysiaGazette

+ posts