KUALA LUMPUR – “Sila duduk dan jangan lari.”
Itu usikan bersahaja Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V sambil tersenyum sebelum menyampaikan titah ucapan pembukaan sidang baru Parlimen di sini hari ini.
Titah itu disambut dengan ketawa dan sorakan ahli parlimen kerajaan dan senyum simpul dalam kalangan ahli parlimen pembangkang termasuk Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
"Sila Duduk dan Jangan Lari" – YDPA Sultan Muhammad V
"Sila Duduk dan Jangan Lari" – YDPA Sultan Muhammad V#malaysiagazette
Posted by Malaysia Gazette on Isnin, 16 Julai 2018
Sultan Muhammad V hari ini merasmikan istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-14.
Baginda tiba di parlimen kira-kira jam 10 pagi dan disambut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta timbalannya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Semalam, sebahagian besar ahli parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat termasuk ketua pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mereka memprotes prosedur pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Muhammad Arif Mohd. Yusof.
Bagaimanapun, Khairy dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman kekal di dewan semasa insiden itu berlaku.
Apa yang pasti, topik berkenaan pasti menjadi modal dalam perbahasan titah ucapan Yang Dipertuan Agong mulai esok.-MalaysiaGazette