Home Nasional Tun M cabul hak bersuara, kata Ellie Suriaty

Tun M cabul hak bersuara, kata Ellie Suriaty

Pelakon, Ellie Suriaty cuba dihalang dan dibawa keluar oleh anggota polis dari kompleks mahkamah berikutan membuat kecoh ketika sesi sidang media diadakan berkenaan pertuduhan keatas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Jenayah, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 04 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Perhimpunan aman anjuran NGO Pemantau Malaysia Baru yang dihalang pihak polis hari ini disifatkan sebagai satu pencabulan hak kebebasan bersuara.

Pelakon, Ellie Suriaty Omar berkata, tindakan itu hanya mencerminkan Malaysia baru kini ditadbir oleh pemerintah zalim dan kuku besi seperti mana zaman Tun Dr Mahathir Mohamad di era 80-an.

“Pencabulan hak bersuara ini tidak boleh diterima. Ini adalah sebuah kerajaan diktator, kuku besi dan maha zalim.

“Saya hidup zaman Tun M, perkataan itu saya sudah lama tahu, dah lama dengar.

“Saya kecewa dengan pasukan beruniform kerana mereka tidak benarkan (berarak) oleh arahan siapa…Mahathir.

“Jadi apakah itu satu penderhakaan kepada Yang di-Pertuan (YDP) Agong,” katanya pada sidang media di pekarangan parkir bertingkat di ibu pejabat polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
Terdahulu Ellie Suriaty bersama hampir 300 NGO menyertai perhimpunan aman anjuran Pemantau Malaysia Baru bagi menunjukkan solidariti kepada YDP Agong, Sultan Muhammad V yang hadir pada istiadat pembukaan sidang Dewan Rakyat penggal ke-14, hari ini.

Selebriti itu juga menegaskan orang Melayu perlu bangkit mempertahankan institusi diraja itu yang tidak dihormati oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH).

“Bangkitlah orang Melayu, alang-alang tak boleh jumpa raja untuk memberi sokongan, saya minta bangsa Melayu bangkit demi agama, bangsa dan negara demi untuk mempertahankan institusi raja-raja Melayu.

“Kita bukan dikatakan rasis kerana orang Melayu ini penuh dengan kasih sayang, kita sangat bertolak ansur. Tapi ini (halang berhimpun) melampau,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

+ posts

1 Komen

  1. Bodoh ko ni mana ada tun M sekat kebebasan bersuara, ko bersuara di tempat yg salah, mahkamah tu wei….apa lh bodoh sangat ko ni.

Comments are closed.