Home Dunia Lesen juruterbang, pembantu juruterbang Air China dibatalkan

Lesen juruterbang, pembantu juruterbang Air China dibatalkan

BEIJING – Pengawal selia penerbangan China membatalkan lesen juruterbang dan pembantu juruterbang yang terlibat dalam insiden pada 10 Julai lalu.

Malah, jumlah penerbangan Air China yang menggunakan pesawat Boeing 737 juga dikurangkan sebanyak 10 peratus.

Dalam insiden itu, juruterbang Air China didapati menghisap rokok elektronik di dalam kokpit hingga menjejaskan keadaan pesawat.

Akibatnya, pesawat Boeing 737 itu turun dengan mendadak ketika dalam penerbangan dari Hong Kong ke Dalian.

Siasatan yang dijalankan mendpaati pembantu juruterbang terpaksa menutup kipas peredaran untuk mengelakkan asap rokok sampai ke kabin.

Namun usaha itu gagal, sebaliknya terpaksa menutup penghawa dingin.

Tindakan juruterbang menyebabkan berlaku amaran kekurangan tekanan hingga topeng oksigen terjatuh.

Bagaimanapun, pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat. – MalaysiaGazette