Home Sukan Liverpool setuju yuran rekod dunia beli Alisson

Liverpool setuju yuran rekod dunia beli Alisson

Alisson ke Liverpool
Liverpool berjaya mengikat penjaga gol brazil dengan yuran rekod dunia.

ENGLAND – Liverpool berjaya mencapai persetujuan yuran sekitar £66 juta (RM348.5 juta) untuk membeli penjaga gol AS Roma, Alisson Backer.

Berita sensasi itu menyusul tidak sampai 24 jam Chelsea dilaporkan mahu merampas bintang antarabangsa Brazil itu daripada menyertai the Reds.

Bagaimanapun sebagai memusnahkan impian the Blues itu, Liverpool akhirnya mencapai yuran perpindahan pemain itu bersama As Roma.

Yuran yang ditersetujui itu dikatakan bidaan rekod dunia untuk penjaga gol tersebut.

Ia memadam yuran rekod dunia 53 juta Euro (RM249 juta) yang dibayar oleh Juventus kepada Parma untuk Gianluigi Buffon pada 2001.

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kini dijangka membuka rundingan dengan pemain berusia 25 tahun itu dalam masa terdekat ini.

Alisson baru dua musim bersama kelab Itali itu dan melakukan 27 penampilan dalam Serie A musim lalu.

Sebelum ini Manchester City membeli penjaga gol Ederson dari Benfica dengan rekod perpindahan EPL berjumlah 40 juta euro (RM188 juta) musim lalu.

Alisson dijangka menggantikan Loris Karius di Anfield yang dikritik hebat penyokong the Kops mengenai prestasi hambar bersama kelab itu dalam aksi Final Liga Juara Juara Eropah bertemu Real Madrid 27 Mei lalu.- MalaysiaGazette