Home Nasional Maklumat mengelirukan kekosongan jawatan Perodua tersebar di Whatsapp

Maklumat mengelirukan kekosongan jawatan Perodua tersebar di Whatsapp

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aminar Rashid Salleh berkata laman web pihak ketiga dan akaun Whatsapp tersebut didapati menyalin maklumat sedia ada di laman web Perodua berhubung peluang kerjaya itu dan meminda gaji dan faedah-faedah yang ditawarkan.

KUALA LUMPUR – Perodua hari ini berkata terdapat maklumat mengelirukan tersebar diaplikasi Whatsapp mengenai kekosongan jawatan dalam syarikat automotif itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aminar Rashid Salleh berkata laman web pihak ketiga dan akaun Whatsapp tersebut didapati menyalin maklumat sedia ada di laman web Perodua berhubung peluang kerjaya itu dan meminda gaji dan faedah-faedah yang ditawarkan.

“Kami menyedari penyebaran Whatsapp itu sejak 24 Jun, 2018 dan paparan itu masih ada di laman web.

“Kami telah mendapatkan bantuan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk mengenal pasti pemilik laman web dan akaun Whatsapp supaya memadamkan maklumat itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aminar berkata Perodua tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang mencetuskan kekeliruan itu.

“Kami tidak melibatkan pihak ketiga dalam proses mengambil pekerja dan sesiapa yang ingin mencari maklumat pekerjaan atau sebarang maklumat berhubung Perodua, boleh melayari laman web rasmi kami di www.perodua.com.my,” katanya.

— BERNAMA