SYDNEY – Australia telah mengatasi United Kingdom sebagai destinasi kedua bagi penuntut antarabngsa di dunia.
Penyelidik-penyelidik Pusat bagi Pendidikan Timggi Global, University College London (UCL) berkata, United Kingdom kini berada tempat ketiga selepas Amerika Syarikat dan Australis.
Jumlah kemasukan penuntut-penuntut antarabangsa di Australia meningkat dengan ketara antara 12 hingga 14 peratus.
British Council berkata, ia menunjukkan ada keperluan kepada United Kingdom untuk melihat semula polisi-polisi penuntut antarabangsa.
Penuntut antarabangsa menyumbang sebanyak 20 bilion pound dalam ekonomi United Kingdom.
Bagaimanapun, universiti-universiti United Kingdom telah memberi isyarat bahawa undang-undang imigresen selepas Brexit perlu lebih mesra kepada para penuntut.
Kanada juga menunjukkan peningkatan dalam jumlah pasaran penuntut antarabangsa.
“Pendidikan tinggi United Kingdom masih bernilai tinggi di peringkat antarabangsa tetapi pertumbuhannya susut dalam tempoh lima tahun ekoran jumlah penuntut baru dan visa pasca selepas belajar dikurangkan,” kata UCL.
Tahun ini, Melbourne dan Sydney berada pada kedudukan ke 10 dalam ranking Bandar Terbaik Penuntut, meskipun London masih mengungguli semua kategori.
Australia telah mendapat tumpuan penuntut daripada Eropah dan China. – MalaysiaGazette