Home Ekonomi Bursa dibuka tinggi

Bursa dibuka tinggi

Gambar hiasan

KUALA LUMPURĀ  – Bursa Malaysia dibuka pada aliran positif berikutan keyakinan pedagang disemarakkan oleh prestasi semalamam di Wall Street yang tinggi, kata peniaga.

Pada jam 9.09 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.25 mata kepada 1,760.32 daripada penutup semalam iaitu 1,753.07.

Indeks berkenaan dibuka 1.12 mata lebih kukuh pada 1,754.19.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 197 berbanding 92 manakala 223 kaunter tidak berubah dengan 1,414 tidak didagangkan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah saham adalah sebanyak 159.27 juta unit dengan nilai RM84.07 juta. – MalaysiaGazette