Home MGNews TERKINI : Bukan Semua Barang Kena Cukai SST – Guan Eng

TERKINI : Bukan Semua Barang Kena Cukai SST – Guan Eng

Cukai Jualan dan Perkhidmatan ( SST) hanya merangkumi kira-kira 38 peratus barangan dalam bakul Indeks Harga Pengguna (IHP).

Ini berbeza dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang merangkumi 60 peratus dari barangan dalam bakul IHP, jelas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Tambahnya, susu formula bayi, sardin, fi doktor hospital swasta, tiket wayang dan taman tema, insurans kesihatan untuk individu, servis penyelenggaraan, fi transaksi bank dan bingkai cermin mata adalah barangan yang dikenakan GST tetapi dikecualikan dari SST. “Berbeza dengan GST, ada barangan yang tidak dikenakan SST.