Home Akhbar Cina Daim pakai selipar jumpa menteri China kerana sakit kaki

Daim pakai selipar jumpa menteri China kerana sakit kaki

Daim Zainuddin ketika bertemu dengan Li Keqiang di Beijing baru-baru ini. foto Agensi

KUALA LUMPUR – Tindakan Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin memakai selipar semasa bertemu dengan Menteri Luar China, Wang Yi di Beijing adalah kerana beliau mengalami masalah sakit kaki.

China Press melaporkan, walaupun tindakan berselipar Daim mencetuskan perbincangan hangat melalui media sosial, tetapi keadaan bekas Menteri Kewangan itu difahami dan diterima pihak Beijing.

Menurut akhbar itu, selipar yang dipakai Daim berjenama Birkenstock merupakan produk ternama dari Jerman.

Selipar itu dilaporkan mampu memperbetulkan masalah kaki dan baik untuk kesihatan kaki.

Ia terkenal dengan keselesaan yang diibaratkan seperti “kesan tapak kaki pada pantai” kerana direka mengikut keadaan tulang pada tapak kaki sekali gus dapat mengurangkan tekanan semasa kaki mengena lantai.

Mereka yang memakai selipar itu secara berpanjangan malahan dapat memperbetulkan keadaan jari kaki yang membengkok ke dalam.

Selipar jenama Birkenstock dijual antara RM150 hingga RM400 sepasang. – MalaysiaGazette